Syafie Naswip Akhirnya Bertunang. Rupanya Tunangnya Ini Adik Kepada Seorang Pelakon Dan Bukan Calang-Calang

0
3693

Pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman memberitahu keluarga kedua-dua belah pihak masih dalam perbincangan untuk mendapat tarikh yang sesuai bagi melangsungkan majlis pernikahan mereka.

Biarpun belum mempunyai tarikh, namun Syafie atau Mohammad Syafie Naswip, 27, dan Aishah berhasrat untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri pada tahun ini juga.

“ InsyaAllah memang nak percepatkan dan akan diadakan pada tahun ini juga. Banyak perkara perlu dilakukan yang melibatkan lokasi dan dokumen.

“ Tapi beberapa persiapan sudah mula dilakukan. Nanti kami akan berkongsi dan umumkan jika tarikhnya ditetapkan,” kata Syafie kepada mStar Online.

Aishah bersama ibu Syafie iaitu Noorsiah Ahmad selepas majlis menyarungkan cincin pertunangan.

Sebelum itu pelakon yang popular menerusi filem Mukhsin dan Aishah selamat mengikat tali pertunangan pada majlis yang diadakan secara sederhana di Forest Valley Hall, Cheras, pada Ahad malam.

Ibu Syafie iaitu Noorsiah Ahmad menyarungkan cincin kepada Aishah atau nama sebenarnya Nor Aishah Afika Azman Shah, 23, sambil disaksikan dua belah keluarga.

Aishah dan Syafie mula berkawan sejak 2015 menerusi laman sosial Instagram dan hubungan cinta mereka mula terjalin sejak awal 2018.

Antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis pertunangan Syafie dan Aishah.

Pada majlis yang dihadiri 200 tetamu itu, Syafie menyerahkan lima dulang dan dan pasangannya turut membalas lima dulang berupa manisan.

Antara rakan-rakan artis yang turut hadir memeriahkan majlis iaitu Amelia Henderson, Sweet Qismina, Jasmine Suraya Chin, Aedy Ashraf, Syazuwan Hassan dan Fimie Don.

Aishah dan Syafie mengenakan busana berwarna biru muda daripada pereka fesyen Zamrimatouch dan pelakon wanita itu disolek oleh Khai Baha.

Lihat video di bawah

Sekilas info tentang Aishah Azman, rupanya adik Afiq Muiz
Nor Aishah Afika binti Azman Shah (lahir 8 Mei 1996) atau lebih dikenali sebagai Aishah Azman merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia dan adik kepada pelakon Afiq Muiz.

Tanpa menumpang populariti abangnya, Afiq Muiz yang terlebih dahulu berlakon, Aishah ingin berdiri atas bakat sendiri. Beliau mendapat peranan lakonan drama pertama sebagai Salina dalam drama Bagaikan Kelip-Kelip.

Namanya mula menjadi perhatian melalui watak Bedah lakonannya dalam drama Namaku Bedah yang disiarkan di TV3.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here