Syed Saddiq: Gaji Teong Kim RM175,000 Sebulan Dengan Pengecualian Cukai Perlu Dinilai Semula

0
3114

 

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman menyifatkan gaji berjumlah RM175,000 sebulan dengan pengeculian cukai yang diberikan kepada Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim perlu dinilai semula.

Bagi Syed Saddiq, sebagai ketua jurulatih skuad bola sepak negara bawah 16 tahun (B-16), Teong Kim perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan skuad bimbingannya melayakkan diri ke Piala Dunia B-17 di Peru, tahun depan.

Skuad B-16 negara yang rata-ratanya dibarisi oleh pemain Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDF) tersungkur dalam saingan peringkat kumpulan A Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-16 apabila sekadar manamatkan saingan di kedudukan tercorot.

Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Malaysia tewas 0-2 kepada Jepun sekaligus mengagalkan hasrat skuad negara melepasi saingan peringkat kumpulan apabila sekadar mengutip 3 mata hasil satu kemenangan dan 2 kekalahan.

Penstrukturan Semula NFDP

“Saya dimaklumkan bahawa pakej gaji beliau setiap bulan mencecah RM175,000 yang dibiayai sepenuhnya oleh MSN (Majlis Sukan Negara)…kontrak beliau dan pengurusan tertinggi NFDP juga perlu dilihat semula,” kata Syed Saddiq.

Menurutnya, Teong Kim sendiri yang menetapkan sasaran layak ke Piala Dunia B-17 pada 2019, maka amat wajar sekali jika dia bertanggungjawab diatas kegagalan skuad kendaliannya sendiri.

Jelas Syed Saddiq lagi, sejak 2014 sebanyak RM80 juta telah dibelanjakan untuk program NFDP dan ianya tidak termasuk perbelanjaan pembinaan AMD di Gambang, Pahang.

Walau bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan NFDP tidak akan dihentikan namun perlu dibuat pengstrukturan semula yang akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Khas antara KBS, MSN, FAM, NFDP dan pihak berkepentingan pada 15 Okt ini.

“Kita tidak boleh hentikan program NFDP, ini adalah program yang bagus. Memang program akar umbi bola sepak yang tersusun tapi ia perlu penstrukturan semula.

“Selepas berpuluh juta ringgit dibelanjakan, kita (bola sepak) masih di sini. Memang jelas perlu ada penstrukturan semula dan kita tidak boleh cakap kita dalam posisi yang selamat atau selesa,” jelasnya.

Semuanya Salah NFDP?

Pada peringat awal penubuhan NFDP, program itu dijanjikan peruntukan sebanyak RM20 juta setiap tahun.

Tetapi semua itu tidak diterima oleh NFDP apabila pada tahun pertama mereka hanya menerima RM10 juta sahaja pada 2014, kemudian RM7 juta (2015), RM3.5 juta (2016) dan RM3.5 juta (2017).

Jadi bagi Syed Saddiq, nak salahkan semuanya kepada NFDP tidak boleh juga kerana atas kekangan kewangan mungkin menjejaskan perancangan mereka.

Tetapi yang menjadi kemusykilan kepadanya, walaupun dalam situasi kekangan kewangan, Teong Kim tetap menerima bayaran gaji RM175,000 sebulan.

Susulan kegalalan skuad B-16 itu ke Piala Dunia B-17, FAM telah mengambil tindakan drastik dengan menamatkan khidmat Teong Kim dengan serta merta.

Teong Kim mula dilantik sebagai Pengarah Projek NFDP pada 2013 disusuli memegang jawatan sebagai Pengarah AMD pada 2016

Ketua Pegawai Eksekutif NFDP, Safirul Azli Abu Bakar pula membuat keputusan untuk meletakkan jawatan susulan kegagalan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here