‘Tamparan Padu’ Syafiq Ahmad Buat Pemain Vietnam Tersungkur Makan Rumput

0
869

Dalam diam-diam pemain negara, Syafiq Ahmad telah melakukan satu ‘tamparan padu’ kepada pemain Vietnam sehingga tersungkur makan rumput.

Tumbukan cukup padu itu dilepaskan Syafiq ketika lariannya dihalang oleh pertahanan Vietnam, Doan Van Hau.

Insiden ini berlaku betul-betul di depan pengendali negara, Tan Cheng Hoe dan juga pengadil ketiga.

Yang ajaibnya tiada apa-apa tindakan dari pengadil sekaligus melegakan Cheng Hoe yang kelihatan terkejut dengan apa yang dilakukan Syafiq.

Video aksi penuh gaya ini mula tular dikalangan penyokong Vietnam yang tidak berpuas hati dengan tindakan pemain negara yang terselamat dari sebarang tindakan daripada pengadil.

Malah mereka juga menuntut Fox Sport Asia menyiarkan video tersebut seperti mana tersiarnya video Zaquan Adha ditumbuk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here