Tanpa Messi Dan Suarez, Barcelona Kecundang Di Tangan Levante

0
100

 

Levante berjaya mengalahkan Barcelona 2-1 pada perlawanan pertama pusingan ke-16 Copa del Rey (Piala Raja Sepanyol) awal pagi tadi.

Lionel Messi, Luis Suarez, Gerard Pique, Jordi Alba dan Marc Andre ter Stegen antara tonggak utama Barcelona yang direhatkan pada perlawanan tersebut yang berlangsung di Stadium City of Valencia.

Dalam perlawanan itu, Barcelona dikejutkan dengan gol awal pada minit keempat oleh Erick Cabaco menerusi tandukan.

Pada minit ke-18, Barcelona sekali lagi dikejutkan dengan gol Borja Mayoral menerusi sepakan lerek yang mengelirukan tiga pemain Barcelona dan bola terus menyilang ke arah kanan gol Barcelona.

Masuk separuh masa kedua, Barcelona berjaya merapatkan jurang gol menerusi sepakan penalti yang diambil oleh Philippe Coutinho pada minit-minit akhir perlawanan iaitu pada minit ke-85.

Coutinho diturunkan dalam kesebelasan utama buat pertama kalinya dalam tempoh hampir sebulan selepas kejatuhan prestasi ekoran masalah kecederaan.

Bekas pemain Liverpool itu sedang bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasti ingin membuka mata jurulatih Ernesto Valverde.

Jurulatih Barcelona mengatakan bahawa Coutinho akan mendapatkan kembali posisi pemain utama dengan syarat dia mampu kembali mempamerkan prestasi terbaiknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here