Tchetche Enggan Dedahkan Pasukan Yang Bakal Diwakilinya Musim Depan

0
2215

 

Penyerang sensasi Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche masih berteka-teki mengenai masa depannya untuk musim depan dan memerlukan sedikit masa lagi untuk memutuskan pasukan mana yang bakal diwakilinya selepas ini.

“Buat masa ini saya tidak mahu umumkan lagi pasukan mana yang akan diwakili musim depan, tunggu.. mungkin seawal minggu depan saya akan maklumkan sama ada akan terus kekal bersama TFC atau sebaliknya,” kata Tchetche.

Kata-kata Tchetche ini pastinya menguatkan lagi khabar angin yang mengatakan penyerang kelahiran Ivory Coast itu tidak akan kekal bersama skuad Penyu dan akan beralih angin bersama pasukan lain.

Pemain yang digelar ‘Drogba Ganu’ itu sebenarnya sudah ditawarkan kontrak baharu oleh Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), namun pemain penyerang itu meminta sedikit masa untuk memutuskan perkara berkenaan.

Difahamkan isu berkaitan gaji menjadi alasan mengapa penjaring terbanyak Piala Malaysia musim ini menanguhkan persetujuan untuk kekal menyarung jersi skuad Penyu.

TFC dilihat menghadapi kesukaran untuk mengekalkan Tchetche untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan ekoran pemain lincah itu turut menarik minat pasukan dari Utara dan Selatan tanah air.

Manakala pengendali TFC, Irfan Bakti enggan mengulas lanjut berhubung kedudukan penjaring kedua terbanyak Liga Super musim ini itu.

“Lee Tuck masih ada baki kontrak setahun lagi bersama TFC musim depan tapi kedudukan terkini Tchetche saya tidak tahu,” katanya melalui aplikasi WhatsApp yang mengharapkan pemain itu terus kekal bersama TFC musim depan.

Sumber : Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here