Teong Kim Akan ‘Dibuang’ Daripada NFDP?

0
865

 

“Lim Teong Kim atau Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), hanya satu yang akan diselamatkan.”

Begitulah pendirian yang ditegaskan Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Pendirian itu dibuat setelah merujuk kepada aspek kewangan terutamanya mengenai jumlah perbelanjaan yang perlu diteliti semula.

Hanya satu yang akan diselamatkan ekoran masalah kewangan yang dihadapi ketika ini.

Oleh itu, Shapawi lebih memilih untuk menyelamatkan NFDP kerana program tersebut mampu memberi perubahan kepada landskap bola sepak negara. Manakala dia melihat kredibiliti Teong Kim mampu diisi dengan nama lain menerusi bajet yang lebih munasabah.

“Bagi saya, program lebih penting. Sama ada memiliki jurulatih yang bagus atau kemudahan yang bagus, itu perkara kedua. Tanpa program, hasil tidak akan dicapai.

“Jadi, kami akan cuba sebaik mungkin bagi memastikan program pembangunan, bukan sahaja bola sepak, akan berterusan,” katanya menerusi Stadium Astro.

Kontrak Teong Kim bersama NFDP akan berakhir 31 Oktober 2019 dengan bayaran gaji sebanyak RM175,000 sebulan dan jumlah itu dilihat terlalu besar untuk ditanggung sepenuhnya MSN sejak 2017.

MSN dikatakan terpaksa memotong bajet untuk sukan lain demi menanggung pembayaran gaji Teong Kim dan perbelanjaan tahunan program NFDP.

“Harga yang diletakkan adalah nilai pasarannya ketika di Jerman, jadi kami ketika itu terpaksa bersaing. Kami menerima bantuan daripada penaja pada masa itu untuk membayar gaji Teong Kim tetapi selepas tiga tahun, kami terpaksa menanggung kos itu sendiri,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here