Terengganu City FC Beri Cek ‘Tendang’ Kepada Bekas Staf Dan Pemain

0
268

 

Bekas jurulatih kelab Terengganu City FC (TCFC), Mohd Noor Md Derus dan Roshadi Wahab tidak mampu berdiam diri lagi berhubung isu tunggakan gaji.

Mereka berdua ternyata kesal dengan sikap pengurusan TCFC yang mengambil sikap membisu apabila semua surat dan e-mel yang dihantar kepada pengurusan skuad itu langsung tidak dibalas.

Malah, bekas ketua jurulatih skuad The Sharks itu mendakwa pengurusan TCFC hanya pandai menabur pelbagai janji palsu.

“Selepas membawa pasukan muncul juara Piala FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) musim ini, inikah balasan pengurusan yang ternyata tidak ‘berhati perut’ membiarkan kami menderita.

“Tiada satu sen pun tunggakan gaji, bonus dan bayaran sewa rumah bermula bulan Julai lalu hingga ke hari ini kami peroleh daripada pengurusan TCFC.

“Lebih mengecewakan, mungkin kami diberi cek ‘tendang’ kerana hingga kini cek itu belum dapat ditunaikan.

“Jika mereka nak sertai Liga Perdana ke.. itu mereka punya pasal, kami hanya tuntut hak kerana kontrak kami berakhir Disember ini.

“Kami sudah hilang sabar, jangan buat kami sebegini, harap TCFC bantu kami selain minta campur tangan FAM dan kerajaan negeri Terengganu membantu insan teraniaya ini,” kata Mohd Noor di Berita Harian.

Mohd Noor bersama lima lagi staf kejurulatihan musim ini termasuk bekas pemain kebangsaam, Anuar Jusoh sudah membuat laporan rasmi kepada FAM Rabu lalu bagi membuat tuntutan gaji berjumlah RM289,500.

Manakala Roshadi mengatakan beliau hairan dengan sikap pengurusan TCFC yang masih berdegil dengan arahan FAM untuk melunaskan tunggakan gajinya.

“Terus terang saya katakan, kami sangat kesal dengan situasi ini. Mereka beria-ria untuk bermain dalam Liga Perdana, tetapi hutang tidak mahu bayar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here