“Terima Kasih Kelantan”

0
635

 

Terima kasih Kelantan.

Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee boleh menarik nafas lega sedikit apabila Kelantan sedia melepaskan lima pemain mereka untuk menyertai kejohanan Piala AFF Bawah 22 tahun yang akan berlangsung di Phnom Penh bulan ini.

Ong Kim Swee menerusi akaun Twitter rasminya mengucapkan terima kasih kepada The Red Warriors kerana sudi melepaskan Danial Haqim, Nik Azli Nik Alias, Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni, Nik Akif Syahiran dan penjaga gol baru mereka, Damien Lim untuk menyertai kejohanan tersebut.

“Terima kasih Kelantan kerana memberi peluang kepada pemain-pemain ini untuk beraksi bersama skuad kebangsaan bawah 22 tahun bagi Kejohanan AFF Bawah 22 tahun bulan ini,” tulis Kim Swee.

Skuad bawah 22 tahun kebangsaan sebelum ini berdepan kesukaran mengumpul pemain terbaik bagi kejohanan tersebut apabila beberapa pasukan enggan melepaskan pemain mereka disebabkan saingan liga baru bermula. Ketua jurulatih Selangor, B.Sathianathan telah menyatakan bahawa Selangor tidak akan melepaskan Syahmi kerana Red Giants memerlukan khidmatnya dalam perlawanan liga.

-FOXsports

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here