Tidak Masuk Akal Harga Pemain Tempatan Diletak Sehingga RM12 Juta

0
549

 

Baru-baru ini kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat keputusan mengejutkan dengan menetapkan klausa pelepasan Akhyar Rashid pada kadar RM12 Juta.

Manakala Selangor turut mengambil langkah meletakkan klausa pelepasan terhadap pertahanan, Syahmi Safari dengan harga RM6 Juta.

Mungkin langkah dua pasukan Liga Super ini akan mendorong rasa kagum setengah pihak yang beranggapan pemain tempatan berada di kelas tersendiri sehingga melayakkan mereka dinilai dengan harga tinggi.

Bagi seseorang pemain bertaraf dunia, jumlah itu bukan sesuatu yang menghairankan tetapi jika untuk pemain Malaysia bolah dikatakan tidak masuk akal serta tidak setanding dengan taraf bola sepak Malaysia ketika ini.

Apa sangatlah yang boleh dibanggakan dengan tahap semasa pemain tempatan dengan rangking Harimau Malaya yang kini hanya berada di kedudukan 167 dunia.

Kluasa pelepasan terlalu tinggi sebenarnya mempunyai pro dan kontra bagi pasukan , perkembangan Liga Malaysia (Liga-M) dan pemain itu sendiri.

Tujuan utama pasukan meletakkan tanda harga setinggi itu adalah bagi melindungi pemain mereka daripada ‘disambar’ pesaing dalam Liga-M.

Dari sudut negatif ia boleh dianggap ada sifat membuli terhadap pasukan kurang berkemampuan dari aspek kewangan.

Itulah cara yang diambil oleh pasukan gergasi antarabangsa, di mana mereka akan cuba membuli pasukan lebih kerdil. Contohnya, nilai seorang pemain Manchester City mungkin bersamaan dengan nilai keseluruhan pemain Cardiff.

Sudut negatif kedua pula ia akan menjadikan satu atau dua pasukan sahaja menjadi tumpuan. Bila berlaku keadaan ini, pastinya Liga-M akan menjadi membosankan kerana dari segi pemasaran atau penajaan akan berkurang bagi pasukan lain.

Melihat kepada sudut positif pula, klausa pelepasan yang tinggi akan mengalakkan pembentukan idola baharu yang bakal menjadikan sukan sebagai kerjaya yang boleh memberikan pendapatan lumayan.

Perkara itulah yang berlaku di beberapa benua terutamanya di Eropah ketika ini kerana dari sudut sosio ekonomi, sukan menjadi satu bidang yang menguntungkan serta menjamin masa depan walaupun mengambil masa 10 hingga 15 tahun.

Sumber: Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sukan dan Rekreasi UiTM.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here