TMJ Beri ‘Hadiah’ Istimewa Buat Pahang

0
2656

 

Juara Piala FA, Pahang mendapat perkhabaran gembira apbila pemain importnya, Mohamadou Sumareh boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Sumareh boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan bermula Mac 2019.

Ini bermakna, dia terpaksa mengisi kouta import pada jendela perpindahan pertama dan perlu menunggu sehingga jendela perpindahan kedua untuk bertukar status sebagai pemain tempatan.

Perkara itu diumumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menerusi satu kenyataan, hari ini.

“Pada 2 Mac 2018, Pahang menghantar permohonan untuk mendaftar Sumareh sebagai pemain tempatan namun peraturan ditetapkan Manual Liga Malaysia meletakkan syarat bagi pemain naturalisasi hanya boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan lima tahun selepas pemain terbabit mendapat pasport warga negara yang sah.

“Bagaimanapun, melalui penyerahan analisis yang diterima Pahang menyatakan Sumareh sudah bermastautin di Malaysia sejak berumur 12 tahun dan pengetahuan ini memberikan sebab buat Lembaga Pengarah untuk membuat pertimbangan semula permohonan yang dikemukakan Pahang.

“Keputusan Lembaga Pengarah MFL kini membolehkan Pahang mendaftarkan Sumareh sebagai pemain tempatan setahun bermula dari tarikh permohonan Pahang iaitu pada 2 Mac 2018 dan ini bermakna Sumareh boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan bermula 2 Mac 2019,” kata MFL.

Pengumuman MFL itu dibuat kira-kira tiga jam selepas pemain sayap itu mendapat panggilan untuk menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya.

Sebelum ini, pemain kelahiran Gambia itu perlu menunggu sehingga 2023 sebelum boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here