TMJ Kecewa Kualiti Trofi Anugerah Kasut Emas Yang Terlalu Kecil Dan Seakan Kepompong Rama-Rama

0
1644

 

Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kecewa dengan kualiti trofi Anugerah Kasut Emas yang diberikan kepada pemain semasa Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2018.

MFL merupakan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) yang dijenamakan semula hasil daripada penggubalan perlembagaan organisasi yang mengendali bola sepak Liga Malaysia (Liga M).

Disebabkan kejadian ini, anugerah kasut emas itu menjadi satu bahan jenaka dan “troll” oleh netizen di laman sosial kerana terlalu kecil dan kelihatan seakan kepompong rama-rama.

Selain itu, peminat bola sepak tanah air turut melemparkan kritikan dengan kualiti trofi tersebut kerana seakan tidak setimpal dengan penat lelah perjuagan para pemain di atas padang hanyalah untuk mendapatkan trofi semacam itu.

Kasut emas merupakan anugerah berprestij dalam mana-mana anugerah bola sepak. Ianya mengiktiraf pemain yang menjaringkan gol terbanyak dalam sesuatu kejohanan.

Anugerah pada tahun ini bagi kategori pemain import dimenangi oleh Rufino Segovia (Selangor).

Manakala bagi kategori pemain tempatan dimenangi oleh Shafiq Shaharudin (Kelantan).

Antara kata-kata TMJ dari Twitternya HRH Crown Prince of Johor:

“Saya ada dimaklumkan tentang isu berkaitan kualiti anugerah yang diberikan pada ABK 2018. Bagi saya, kualitinya tidak boleh diterima, dan saya berharap sesiapa sahaja yang bertangungjawab untuk meletakkan jawatan serta merta.”

“Baru 13 jam saya ke luar daripada negara dan sudah berlaku huru-hara. Sesiapa yang bertanggungjawab, sila kemukakan perletakan jawatan kamu.”

“MFL, tolong selesaikan masalah ini dan berikan mereka anugerah yang lebih berkualiti”.

.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here