TMJ Nasihat RMS Berhati-Hati Dengan ‘Jerung’ Dalam FAS

1
666

 

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi nasihat agar Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah agar berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan ‘jerung-jerung’ yang cuba mengambil kesempatan terhadap dasar peribadi Presiden Persatuan Bola Selangor (FAS).

TMJ berkata demikian di laman Twitternya, @HRHJohorII selepas diminta mengulas mengenai kemelut yang kini melanda FAS oleh salah seorang pengikutnya.

“Dalam kes FAS, saya tahu banyak jerung yang mahu ambil kesempatan terhadap duit kerajaan negeri Selangor. Satu-satunya yang saya bimbangkan ialah RMS (Raja Muda Selangor) tidak sedar permainan dan individu yang mengambil kesempatan terhadap beliau.

“Dalam JDT (Johor Darul Ta’zim) tiada yang berjalan tanpa kebenaran saya. Di JDT saya ada kuasa mutlak. Saya terbabit dalam semua perkara dan saya tidak benarkan sesiapa pandai-pandai, terutama sekali membenarkan orang mengambil kesempatan terhadap kelab,” katanya.

TMJ turun menasihati agar RMS mengambil nasihat daripada orang yang betul bukannya mereka yang tiba-tiba muncul meminati bola sepak.

Dalam masa yang sama TMJ menyifatkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari sebagai individu terbaik yang mampu memberikan nasihat kepada RMS mengenai bola sepak.

“RMS perlu dapatkan nasihat daripada orang yang betul dan bukannya meraka yang tiba-tiba munculkan diri bila berubah tampuk kepimpinan. Antara yang terbaik saya lihat ialah Menteri Besar Selangor kerana dia sangat mencintai bola sepak dan mempunyai banyak pengalaman,” kata TMJ lagi.

Tambah TMJ lagi, beliau berharap RMS dapat mempelajari daripada kesilapan yang pernah beliau buat, iaitu mengambil orang yang salah untuk bekerja dengannya.

“Saya harap RMS dapat belajar daripada kesilapan yang pernah saya lakukan sebelum ini, iaitu mengambil orang yang salah, namun mujur saya belajar dengan cepat dan saya harap RMS dapat lakukan seperti itu juga kerana mengambil individu yang tepat adalah amat penting,” katanya.

Kemelut FAS terus berpanjangan dan seperti tiada penghujung, terbaharu RMS tidak mengiktiraf keputusan Kongres Luar Biasa (EGM) badan induk itu yang berlangsung di Seri Kembangan, malam semalam.

RMS menjelaskan pemiihannya sebagai Presiden FAS oleh kumpulan yang menghadiri ‘perjumpaan’ berkenaan juga dilakukan tanpa persetujuan beliau.

Oleh itu, beberapa memo telah diedarkan Sekretariat Agung FAS yang mempertikaikan kesahihan ‘perjumpaan’ berkenaan.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here