Tottenham Tumbangkan Chelsea Hasil Bantuan VAR

0
162

 

Penyerang Tottenham, Harry Kane mendakwa dia layak mendapat tendangan penalti yang menjadi gol kemenangan pasukannya semasa menentang Chelsea awal pagi tadi.

“Ia sudah tentu penalti. VAR (Video Assistant Referee) ada di sana atas alasan dan mereka (pengadil) melakukannya dengan betul,” kata Kane selepas perlawanan itu kepada Tribal Football.

Spurs mengalahkan Chelsea 1-0 di perlawanan separuh akhir Piala Liga Inggeris (Carabao Cup) di Stadium Wembley.

Gol tunggal kemenangan Spurs itu dikaringkan oleh Kane melalui tendangan penalti pada menit ke-26.

Gol tersebut menjadi kontroversi apabila pengadil Michael Oliver membuat keputusan memberikan sepakan penalti dengan bantuan pengadil bantuan video (VAR) selepas kapten Spurs, Kane dikatakan berada dalam keadaan tidak ofsaid sebelum dijatuhkan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga.

“Ini (kemenangan di pusingan pertama) adalah modal yang sangat penting bagi kami untuk bersaing dalam perlawanan kedua,” jelas Kane.

Perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris (Carabao Cup) diantara Tottenham dengan Chelsea akan diadakan pada 24 Januari ini di Stadium Stamford Brigde.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here