TRW Bakal Guna ‘Enjin’ Suzuki

0
193

 

Jentera tengah skuad The Red Warriors (TRW) bakal diperkuatkan dengan pemain import dari Jepun, Yuka Suzuki yang sebelum ini beraksi dalam saingan Liga Kemboja bersama Phnom Phen Crown FC (PPCFC).

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan mengatakan pihak mereka akan mengikat pemain berusia 28 tahun itu selama semusim bagi membantu TRW menghadapi saingan Liga Perdana musim baharu nanti.

Jelas Bibi Ramjani lagi, majlis menandatangani kontrak dengan Suzuki akan diadakan dalam masa terdekat dan pemain itu dijangka akan menyertai latihan bersama pasukan pada 1 Januari nanti.

Bibi Ramjani turut berharap Suzuki dapat menggunakan pengalaman beraksi di Liga Kemboja untuk membimbing barisan muda TRW.

Difahamkan Suzuki bakal bergandingan dengan Nik Akif Syahiran Nik Mat di posisi tengah.

Suzuki merupakan pemain import kedua Kelantan selepas skuad dari Pantai Timur itu hanya mengekalkan seorang pemain import musim lalu iaitu Cassio Francisco De Jesus dari Brazil yang beraksi di posisi tengah.

“Kedua-dua pemain import ini ditaja oleh penaja kami bagi membantu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh persatuan ketika ini.

“Bagi pemain tempatan, kami sudah mencukupi kouta yang diperlukan selepas sudah menandatangani kontrak bersama beberapa pemain tempatan dari luar Kelantan dan mengekalkan 80 peratus pemain muda musim lepas,” kata Bibi Ramjani.

Terdahulu, TRW telah berjaya mendapatkan khidmat bekas pemain Melaka United (MU) Fauzi Roslan dan Mohd Saufi Muhammad bagi mengisi posisi penyerang dan penjaga gol.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here