TRW Perlukan Dana RM6 Juta Untuk Terus Beraksi Dalam Saingan Liga M

0
1353

 

Kelantan memerlukan dana sekurang-kurangnya sebanyak RM6 Juta bagi membolehkan pasukan itu terus beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2019.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan yang kini sedang berusaha melakukan rundingan dengan beberapa syarikat bagi memenuhi tuntutan perbelanjaan tersebut.

Oleh itu, Bibi Ramjani mengalu-alukan mana-mana syarikat yang berminat untuk menaja pasukan The Red Warriors (TRW) bagi melonjakkan kembali nama pasukan itu dalam kancah Liga Premier musim depan.

“Sekiranya ada tokoh-tokoh usahawan kelahiran Kelantan yang mahu bersama Kelantan turut dialu-alukan.

“Hal ini bagi memastikan masa depan ‘ubi muda’ yang berbakat besar dalam bola sepak dapat meneruskan karier mereka ke peringkat lebih tinggi,” katanya menerusi Kosmo!

Mengulas lanjut mengenai persiapan TRW, Bibi Ramjani mendedahkan pihaknya sedang mengintai beberapa pemain berpotensi untuk dibawa masuk bagi memperkasakan pasukan itu.

Katanya, TRW memerlukan muka baharu yang berkualiti bagi memastikan pasukan itu mampu memberi saingan untuk kembali beraksi dalam Liga Super nanti.

Musim ini, TRW sekadar menamatkan saingan di kedudukan kedua tercorot Liga Super.

Kedudukan tersebut menyaksikan TRW turun pangkat ke Liga Premier selepas lebih sedekad beraksi dalam saingan liga utama Malaysia itu.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here