TSAM Umum Keluar Dari MU Yang Dilihat Tiada Hala Tuju

0
224

 

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (TSAM) mengumumkan keluar dari kumpulan penyokong Manchester United. Bukan keluar daripada UMNO seperti beberapa kumpulan ‘katak politik’.

Menerusi Twitternya, TSAM mengambil keputusan tersebut dengan rela hati selepas hilang keyakinan dengan pengendali pasukan, Jose Mourinho.

Keputusan ini dibuat sejurus sahaja United tanpa melawan tewas 1-3 kepada Liverpool.

Setakat ini beliau mengambil keputusan untuk menjadi penyokong bebas dan hanya akan menyokong Harimau Malaya.

Sebelum ini dia turut dikecewakan dengan prestasi Kelantan yang ‘hanyut’ sehingga tersingkir ke Liga Perdana pada saingan musim depan.

TSAM merupakan penyelamat bola sepak Kelantan tetapi mengambil keputusan mengundurkan diri daripada jawatan Presiden KAFA kerana tidak mampu lagi membawa dana yang mencukupi untuk Kelantan.

Beliau memberi laluan kepada ahli perniagaan terkenal Kelantan, Puan Bibi Ramjani Ilias Khan (Kak Bi) untuk menjadi Presiden KAFA.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here