Tuah Virgil van Dijk, Liverpool Catat ‘Clean Sheet’ Ke-50 Dalam EPL

0
149

 

Satu gol dari Mohamed Salah sudah cukup memberikan kemenangan buat Liverpool di tempat Brighton & Hove Albion, Amex Stadium.

Hasil kemenangan itu juga telah menciptakan clean sheet ke-50 The Reds di bawah bimbingan Juergen Klopp.

Salah berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-50 setelah dia dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Perlawanan ini merupakan perlawanan ke-22 Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Kemenangan 1-0 ini membolehkan Liverpool lebih mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga dengan kelebihan tujuh mata di atas Manchester City di kedudukan kedua.

Kejayaan clean sheet ke-50 ini dicapai kerana kekebalan penjaga gol Liverpool, Alisson Becker dalam menjaga gol daripada dibolosi pihak lawan.

Menurut laporan dari BBC, 50 perlawanan tanpa bolos berjaya dicapai Liverpool setelah melalui 128 perlawanan dalam EPL.

Jika lebih diperincikan, 42% kejayaaan clean sheet ini dicapai setelah kedatangan Virgil van Dijk ke Liverpool sejak Januari 2018. Sebanyak 21 perlawanan dari 50 perlawanan clean sheet tersebut telah dibantu pemain pertahanan dari Belanda ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here