Tunggakan Gaji Piya Berjumlah RM100,000, KAFA Ambil Sikap Berdiam Diri?

0
4288

 

Penyokong Kelantan pastinya cukup mengenali nama Badhri Radzi ataupun lebih dikenali dengan panggilan Piya. Pemain berumur 36 tahun ini boleh dikatakan memegang status pemain legend untuk pasukan The Red Warriors (TRW) kerana telah banyak membantu pasukan tersebut meraih pelbagai kejayaan sebelum ini.

Namun, ingatkan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tenghari apabila Piya disingkirkan daripada skuad TRW ketika pertengahan musim 2018. Perkara tersebut berlaku selepas kehadiran ketua jurulatih baharu TRW, Fajer Ebrahim yang telah meletakkan Piya dan beberapa pemain lain dalam senarai “tiada dalam perancangan”.

Piya Digantung Tidak Bertali

Menerusi satu muat naik di Fcebook La BOLA Malaya, Piya umpana menunggu buah yang tidak gugur apabila Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) masih mengambil sikap membisu mengenai tunggakan gajinya.

Difahamkan gaji Piya tertunggak sejak Mei lalu dengan jumlah kira-kira RM100,000.

Jika diikutkan Piya masih sah sebagai pemain TRW kerana KAFA mengetepikannya tanpa ditamatkan kontrak.

Oleh kerana itu, Piya mempunyai sebab yang kukuh untuk membuat tuntutan gaji dan dia telah membuat aduan kepada Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).

Ditanya mengenai jawapan balas daripada KAFA, Piya mengatakan badan induk bola sepak negeri itu memberi alasan tidak mempunyai wang untuk melunaskan tunggakan itu.

Dipercayai, selain Piya beberapa pemain lain seperti Amirizdwan Taj Tajudin turut menerima nasib sama.

Walau bagaimanapun, Piya enggan berbincang lanjut mengenai isu tersebut dan menyerahkan kepada PFAM untuk mengurusakan hal berkenaan.

“Saya harap ada penyelesaian terbaik untuk saya. Buat masa ini, saya hanya menunggu kontrak saya tamat pada hujung bulan depan sebelum merancang hala tuju seterusnya.

“Kalau masih ada pasukan yang berminat mendapatkan khidmat saya, insya-Allah saya akan terus bermain. Kalau tidak, saya akan bersara dan menumpukan kepada akademi bola sepak untuk anak-anak yatim yang akan saya usahakan bersama penyanyi, Mawi,” ujar Piya kepada La Bola.

Piya ketika ini sedang giat mengembangkan perniagaan wangian badan jenama sendiri, Captain PY4 yang menurutnya kini semakin maju.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here