Undian Perlawanan 16 Pasukan Liga Juara-Juara Dibuat Hari Ini

0
193

 

Undian perlawanan 16 pasukan Liga Juara-Juara akan dibuat di ibu pejabat UEFA di Nyon, Switzerland, Isnin, 17 Disember 2018. Pengundian akan bermula pukul 7.00 malam waktu Malaysia.

Sebanyak 16 pasukan yang layak akan dibahagikan kepada dua kumpulan (yang di letak dalam bekas), iaitu satu kumpulan terdiri dari juara kumpulan dan satu lagi terdiri dari naib juara kumpulan.

Cabutan akan dilakukan dengan memilih satu pasukan dari setiap bekas. Pasukan dari negara yang sama tidak akan bertemu satu sama lain.

Pasukan yang berjaya sebagai juara adalah Borussia Dortmund, Barcelona, Paris Saint-Germain, FC Porto, Bayern Muenchen, Manchester City, Real Madrid, dan Juventus.

Bagi pasukan naib juara terdiri daripada Atletico Madrid, Tottenham Hotspur, Liverpool, Schalke 04, Ajax, Lyon, AS Roma, dan Manchester United.

Perlawanan pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara akan dibuat secara format home dan away. Perlawanan pertama akan berlangsung pada 12-13 dan 19-20 Februari 2019, manakala perlawanan kedua berlangsung pada 5-6 dan 12-13 Mac 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here