United, Arsenal Diramal Tidak Mampu Menamatkan Saingan EPL Di Top4

0
437

 

Bekas pemain bola sepak professional, Paul Merson dan Phil Thompson membuatkan ramalan bahawa Manchester United dan Arsenal tidak mampu untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di kelompok empat pasukan teratas.

Selepas 10 perlawanan, Manchester City dan Liverpool berada di tangga teratas dengan kedua-dua kelab itu masih mengekalkan rekod tanpa kalah.

Chelsea yang dibawah kendalian Maurizio Sarri juga masih belum tewas dan menduduki tempat ketiga ketika ini.

Arsenal pula dilihat memperolehi nafas baharu dibawah kendalian Unai Emery dengan memenangi 11 perlawanan berturut-turut sebelum diikat 2-2 oleh Crystal Palace.

Menjadi pasukan pertama yang tidak merekrut pemain baharu untuk musin baharu tidak menjadi penyebab untuk Tottenham tampil cemerlang pada permulaan musim sebelum tewas kepada City pada Isnin lalu.

Jose Mourinho pula masih bergelut untuk meningkatkan prestasi anak buahnya apabila United hanya berada di tempat kelapan ketika ini dengan memenangi separuh daripada 10 perlawanan yang sudah diharungi.

Merson dan Thompon menjangkakan City mempunyai kekuatan tersendiri untuk mempertahankan kejuaraan musim ini manakala United dan Arsenal bakal tercicir daripada empat pasukan teratas.

“Manchester City hanya lebih baik daripada Liverpool dan Chelsea terlalu bergantung dengan Hazard.

“Jurang mata Arsenal terlalu jauh, benteng pertahanan mereka masih sama seperti semasa dibawah kendalian Arsene Wenger.

“Dan Manchester United melepaskan banyak mata dan tidak menyakinkan setiap minit,” katanya.

Thompson yang juga bekas pemain pertahanan Liverpool berkata: “City masih terlalu kuat tetapi Liverpool masih ada peluang.”

“Namun mereka tidak boleh melakukan sebarang kesilapan mudah jika ingin menang.

“Chelsea amat membanggakan saya setakat ini dan dengan Hazard mereka boleh menamatkan saingan di tempat ketiga,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here