United Mahu Jual Pogba Dengan Harga RM1.1 Billion

0
1836

 

Manchester United bersedia untuk melepaskan Paul Pogba selepas berlaku konflik antara pemain itu dengan Jose Mourinho.

Pogba yang membantu Perancis menjuarai Piala Dunia telah dimaklumkan oleh pengurusnya bahawa dia tidak lagi dianggap sebagai kapten United lagi.

Mourinho melucutkan jawatan Pogba sebagi kapten setelah pemain itu kurang memberi perhatian sehingga mengakibatkan United sekadar seri dengan Wolves pada hujung minggu lalu.

United kelihatan memihak kepada Mourinho dan akibat situasi itu Pogba mungkin terpaksa meninggalkan kelab itu tidak lama lagi.

Namun, halangan besar ketika ini adalah nilai yang perlu dipersetujui oleh kelab yang ingin mendapatkan khidmat Pogba.

Ramai pihak yang menyebut bahawa Paris Saint-Germain (PSG), Barcelona dan Juventus antara kelab yang berminat untuk mengambil bintang dari Perancis itu.

Mirror UK melaporkan, United terbuka untuk melakukan pertukaran pemain dengan bayaran tambahan sebanyak £200 juta (RM1.1 bilion), nilai yang dilihat agak sukar untuk dipenuhi oleh kelab yang berminat mendapatkan Pogba.

Juventus dijangka akan menawarkan Paulo Dyabala ataupun Federico Bernardeshi untuk ditukarkan dengan Pogba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here