Van Dijk Lega Liverpool Tidak Tewas

0
1350

 

Virgil van Dijk adalah individu yang paling lega selepas Liverpool tidak tewas apabila dia telah menghadiahkan penalti kepada Manchester City di minit-minit akhir perlawanan. Namun pertahanan Liverpool itu bernasib baik kerana Riyad Mahrez gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

City yang merupakan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) diberikan ‘hadiah’ terbesar untuk mencuri tiga mata di Anfield buat kali pertama sejak 2003, apabila Van Dijk menjatuhkan Leroy Sane di dalam kotak penalti, lima minit sebelum tamat perlawanan.

Mahrez yang ditugaskan mengambil sepakan penalti itu telah menyepak bola tinggi melepasi gawang yang dikawal oleh Alisson Becker.

Kebiasaannya, Sergio Aguero yang mengambil sepakan penalti namun pemain Argentina itu sudah dikeluarkan Pep Guardiola ketika itu.

“Memang kurang bijak untuk jatuh di sana,” kata Van Dijk kepada Sky Sports.

“Ia penalti dan tidak sepatutnya berlaku, tetapi saya gembira kerana ia tidak masuk,” katanya sambil menegaskan, dia menyaksikan sepakan penalti, bukannya seperti sesetengah pemain yang tidak sanggup melihatnya.

“Saya melihatnya kerana saya mahu bertindak balas jika bola muntah,” jelas Van Dijk. “Mereka beraksi bagus, kami juga begitu sehinggalah kepada detik penalti itu.

“Kami tidak bernasib baik kerana gagal menjaringkan gol. Ia perlawanan yang sukar menentang juara, dan saya gembira kami mengekalkan aksi tanpa bolos,”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here