Zaquan Harap Tuah Halaman Sendiri Untuk Ledak Gol

0
120

 

Kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Razak mengharapkan tuah bermain di halaman sendiri untuk meledak jaringan dalam aksi kedua Kumpulan A, Piala AFF menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Khamis lalu, skuad negara berjaya meraih kemenangan dalam perlawanan pertama saingan Piala AFF apabila mengatasi Kemboja 1-0 di Stadium Olimpik Phonm Penh.

Jaringan tunggal Norshahrul Idlan Talaha sudah cukup untuk anak buah Tan Cheng Hoe membawa pulang tiga mata.

Mengulas mengenai perlawanan malam ini, Zaquan berharap Harimau Malaya dapat meneruskan momentum kemenangan dan sambil mengharapkan dia mampu menjaringkan gol di hadapan penyokong sendiri.

Untuk rekod, Zaquan telah menjaringkan empat gol di Bukit Jalil ketika aksi persahabatan berdepan Bhutan dan Maldives.

“Apa sahaja kekurangan dalam perlawanan berdepan Kemboja akan dipertingkatkan untuk perlawanan di Bukit Jalil,” kata Zaquan.

“Ini merupakan perlawanan yang penting kerana selepas ini Malaysia perlu berdepan Myanmar dan Vietnam. Kehilangan mata harus dielak dalam perlawanan ini.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here