Zidane Dan Lampard Calon Terkuat Bakal Ganti Sarri Di Chelsea

0
48

 

Chelsea dilaporkan telah menyenaraikan dua nama jurulatih untuk mengganti posisi kejurulatihan yang dipegang oleh Maurizio Sarri.

Masa depan pengurus dari Itali itu di Stamford Bridge semakin kabur selepas tewas 0-2 kepada Manchester United dalam aksi Piala FA pusingan kelima pada Selasa lalu.

Pihak pengurusan Chelsea dikatakan telah berbincang dan telah menentukan siapa yang akan mengambil alih tugas bekas jurulatih Napoli itu.

Menurut media luar Sky Sport, pembantu jurulatih Gianfranco Zola akan mengambil alih tugas kejurulatihan sementara di Chelsea sebelum menemui pengganti jurulatih yang baharu.

Dua nama yang dikaitkan bakal menjadi jurulatih baharu Chelsea iaitu Zinedine Zidane dan bekas pemain legenda pasukan Chelsea, Frank Lampard.

Zidane buat masa ini masih belum turun padang selepas meninggalkan Real Madrid musim lalu dengan rekod kejayaan merangkul torfi Liga Juara-Juara tiga kali berturut-turut.

Selain itu, bekas bintang Perancis itu juga turut dikaitkan dengan Manchester United dan buat masa sekarang dia telah bersedia untuk bekerja kembali terutamanya dalam Liga Perdana Inggeris.

Manakala Lampard yang tampil sebagai jurulatih buat kali pertama musim ini bersama kelab Kejuaraan Derby, yang kini menduduki tangga ketujuh liga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here